Weeewooooo !!!!!
Assalamualaikum semua !!!!!!!
kita kembali dalam rancangan membaca bersama taufiq ...wuuuuuu~~~~
hahahahah gurau ja.....
arini nak share sikit langkah keselamatan dengan semua perempuan....kita dimaklumkan banyak kes culik dan kes curi organ ni
jadi orang yang x bertanggungjawab ni mesti pilih sasaran mudah kan
takkan lelaki mestilah kaum hawa yang lemah lembut dan sopan santun
ceewahh ~~~~~ kembang la tuu baru puji sikit dah kembang macam maggi curry dah wahahahahh
ok balik pada tajuk kita ni...
dalam ahli keluarga mesti la ada ahli perempuan kan
jadi semua individu kena amik tau la
apa !!!!!!! x dak ahli keluarga yang perempuan....
jangan mengarut x kan ayah hampa kawin dengan lelaki kot
wahahahah gurau ja jangan marah yaa ....Weeewooo ~~~~
tadi macam biasa la kan....macam la x tau
mestilah berfacebook hihihihih
dengan muka x dak mood kan scrooollllllll ja mouse ni
biasa la bosan kan
pastu mungkin takdir kot nampak 1 cita kawan share kat facebook
apa lagi taufiq pon mintak kat dia nak copy paste laa....
wahahahahah kantoi sudah ~~~~ weewooooo~~~~
hahahah (-_-) lawak ka ??? x pon..
hihihihih
ni la yang saya nak share ni ~~~~
sat nak letak drum instrument sikit boleh x ???
x kisah nak letak gak wahahahah
JENG
JENG
JENG
Bila perempuan berhadapan satu situasi..
sorang perempuan nak naik lif ke tingkat 13 waktu lewat malam.
dia sorang diri, tiba-tiba ada sorang laki tak dikenali nak naik sama. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Setelah berada dalam lif, katakan anda hendak ke tingkat 13, pastikan anda menekan kesemua butang yang ada daripada tingkat 1 hinggalah ke tingkat destinasi anda. Kerana tiada siapa yang akan berani menyerang anda dalam lif yang berhenti pada setiap tingkat.
SITUASI 2
ada lelaki berjaya pecah rumah yang kebetulan time tu perempuan tu sorang je kat rumah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: LARI KE DAPUR! ini kerana hanya anda sahaja yang tahu di mana serbuk cili dan kunyit disimpan, dan kedudukan pinggan dan pisau. Semua ini boleh bertukar menjadi senjata maut untuk perlindungan anda. Mulakan membaling pinggan dan keseluruhan alat dapur yang ada! Biarkan ianya pecah dan rosak demi nyawa anda! Baling dan menjerit! Ingat bahawa BUNYI YANG KUAT DAN BISING adalah musuh terbesar penjenayah! Mereka tidak mahu ditangkap!
SITUASI 3
Tengah dok jalan-jalan kat satu laluan tiba-tiba rasa macam ada sorang mamat follow dari belakang. apa nak buat?
Jawapan Pakar: UBAH HALUAN! ubah haluan jalanan anda secara tiba-tiba, samada menyeberangi jalan, mempercepatkan langkah, atau pergi ke kawasan perniagaan yang berhampiran. Jika anda diekori oleh sebuah kereta, tukar arah perjalanan anda secara bertentangan arus - ia akan memberikan mereka masa yang lama untuk berpatah balik untuk mendapatkan anda, dan memungkinkan mereka untuk berputus asa lalu mencari mangsa lain. Jika anda gagal menjauhkan diri dari mereka, dan mereka terus mengekori anda, pusing dan jerit, "Apa yang kau nak?!" dengan suara yang paling kuat dan garang! Ianya berpotensi untuk memalukan dan menakutkan sebahagian besar penyerang. Jika masih juga tidak berhasil, JERIT! jika ada self alarm bersama anda, gunakannya!
SITUASI 4
Katakanlah kann.. baru sampai dari kl ke jb. waktu tu dah malam. call boypren tak angkat.. famili takde kereta nak amek.. so terpakse ler naik teksi. tengok muka dreba teksi tu semacam jek. teksi lain takde dah. apa nak buat?
Jawapan Pakar: Sebelum menaiki sebuah teksi pada waktu malam, pastikan anda mencatat butiran nombor pendaftaran teksi tersebut. Pastikan anda duduk pada bahagian belakang. Kemudian hubungi keluarga atau rakan anda dan sampaikan maklumat kepada mereka mengenai nombor pendaftaran teksi tersebut dalam bahasa yang pemandu teksi fahami. Jika tiada siapa menjawab panggilan anda, pura-pura bersembang kononnya anda sedang berada dalam satu perbualan telefon. Hal ini membuatkan pemandu tahu yang ada orang lain sudah mempunyai maklumat kenderaannya, dan jika berlaku apa-apa, dia pasti berada dalam masalah besar! Ini membuatkan pemandu teksi tersebut tekad untuk menghantar anda ke destinasi yang dituju dengan selamat.
SITUASI 5
Oklah. dah amek no plate teksi, nama pemandu pun dah catat. buat-buat call famili pun dah. tapi dreba teksi tu buat hal jugak! die tukar direction ke arah lain. nak masuk jalan hutan kot! apa nak buat? ketaq dah ni
Jawapan Pakar : Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dari belakang! Dalam masa beberapa saat , dia akan berasa sesak dan tidak berdaya. Sekiranya anda tidak mempunyai beg tangan bertali, hanya tarik kolar baju dia sekuat hati dan hasil yang sama akan berlaku.
sekian.
TUDIA EHH SILAP CAPSLOCK PLAK DAH
JAP NAK KATUP JAP
baru ok wahahahahaha
sory atas kecuaian taufiq tadi
dah baca kan...ingat tau dan berhati2
ni ja taufiq boleh tolong
tolong kongsi ja weeewoooo~~~~
kepada semua kawan-kawan diluaq sana jaga diri
bagi kawan lelaki plak ...hmmmmm nak pesan apa ya
ohhh jaga family elok2
dan take care semua kawanku
weewooo ~~~~~
sampai sini ja kot entry taufiq kali ni
berdoalah kita selalu sebab Allah SWT sentiasa bersama kita semua
ok la Assalamualaikum (^_^)

No comments:
Post a Comment